Documents

8 pages
209 views

Teks Pengacara Majlis Anugerah Cemerlang

of 8
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Description
contoh teks pengacara majlis anugerah cemerlang
Transcript
  Aturcara Majlis Sebelum majlis bermula (9.30) ::  SHAFIQ  Hadirin yang dimuliakan, Majlis akan bermula sebentar lagi. Untuk itu, tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan. Bagi melancarkan perjalanan majlis, tuan-tuan dan puan-puan diingatkan supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap. Mohon para hadirin tidak meninggalkan majlis sehingga majlis selesai kerana ini merupakan majlis rasmi Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Nilai. Dan mohon tetamu berdiri ketika vvip berjalan masuk ke dalam dewan. Pengumuman Ketibaan (9.50 - 10.00) :: TASHA  Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Datuk Seri Dr Zaleha Binti Fadzil, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berbahagia, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Dr Agnes Luncha Anak Lawai, diringi oleh, Yang Berusaha, Dr Muhammad  Afdhal bin Zainal, pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, dan dif-dif jemputan masuk ke dalam dewan. Nyanyian 2 buah lagu (10.00  –  10.10) - Negaraku - Negeri Sembilan :: SHAFIQ  (tidak perlu umumkan) Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk. Bacaan doa (10.10-10.15) ::  TASHA  Menadah tangan tanda kerendahan, Lafaz Bismillah memperkukuh tautan, Doa dipohon penuh pengharapan,  Agar Majlis mendapat keberkatan.  Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al- Fadhil Ustaz Ammar Amrullah bin Ismail. Dengan penuh takzimnya, dipersilakan.   Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Salutasi :: SHAFIQ   Bismillahirrahmanirrahim…   Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Kuntum melati tumbuh melata Burung merbah di pohon cemara  Assalamualaikum pembuka bicara Selamat datang untuk semua Yang Berbahagia Datuk Seri Dr. Zaleha binti Fadzil, timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berbahagia, Dr. Agnes Luncha Anak Lawai, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Yang Berusaha Dr Muhammad Afdhal bin Zainal, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Ketua-ketua Jabatan, Dif-dif jemputan Para pensyarah, ibu bapa, siswa dan siswi pendidik, hadirin dan hadirat yang dirahmati  Allah sekalian. Ucapan alu-aluan (10.10-10.20) :: TASHA  Melati kuntum menghias gelas, Tumbuh melata di tepi kali,  Anugerah cemerlang 2015, Pelajar cemerlang kita hargai. Hadirin sekalian, Dari Dewan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, mengalu-alukan  kehadiran hadirin sekalian ke “ MAJLIS  ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KALI KE-7 BAGI TAHUN 2015 ”.  Saya Nornatasha binti Gurahman Dan saya Muhammad Shafiq bin Ali, Izinkan kami mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya. Majlis pada hari ini akan menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang menunjukkan kesungguhan dalam pelbagai bidang akademik. Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam diri setiap pelajar. Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara Hadirin sekalian, Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang Berusaha Dr Muhammad Afdhal bin Zainal, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik untuk menyampaikan ucapan sepatah dua kata. Majlis mempersilakan. (ucapan tamat) Majlis mengucapkan terima kasih Ucapan Perasmian (10.20-10.30) :: SHAFIQ  Hadirin sekalian, Kalau tuan pikat kenari Jangan patahkan batang jerami Kepada tuan mandat diberi Mohon disempurnakan majlis kami  Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi. Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian. Untuk itu, majis menjemput dan mempersilakan, Yang berbahagia, Datuk Seri Dr. Zaleha binti Fadzil, Timb. Menteri Pendidikan Malaysia untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik kali ke-7 Tahun 2015. Dipersilakan. (ucapan tamat) Majlis mengucapkan terima kasih. Persembahan nyanyian (10.30-10.35) :: TASHA  Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis kita akan diserikan lagi dengan persembahan nyanyian daripada 3 jejaka tampan yang diketuai oleh Ahmad Fadhil Bin  Awin, wakil daripada kelas 2 PPISMP Sains. Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan. (tamat persembahan) Sungguh menarik persembahan mereka tadikan? Bukan calang-calang pelajar IPGKPT ini. Majlis mengucapkan terima kasih. Penyampaian Hadiah Subjek Terbaik (10.35-10.45) ::  SHAFIQ  Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi tahun ini akan kita mulakan dengan Penyampaian Anugerah bagi Subjek Terbaik. Untuk itu, majlis sukacitanya menjemput, Yang Berbahagia Datuk Seri Dr. Zaleha binti Fadzil diiringi oleh Yang Berusaha Dr Muhammad Afdhal bin Zainal, Pengarah IPGKPT untuk menyampaikan hadiah. Bagi subjek Kimia, majlis mempersilakan saudari Aisyah Binti Hamdan dari 2 PPISMP Sains. Seterusnya, bagi subjek Fizik, majlis mempersilakan saudari Nurul Husna Binti Rahiman dari 2 PPISMP Sains
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks