Short Stories

11 pages
6 views

Individual Ethics (Assignment)

of 11
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Description
Individual Ethics (Assignment)
Transcript
  1 1.0 PENDAHULUAN Etika merupakan penyelidikan atau penyiasatan terhadap tatasusila kehidupan atau cara hidup. Ianya sering memfokuskan bagaimana cara untuk hidup dengan orang lain 1 . Dalam melihat dari aspek profesionalism, ianya akan melihat bagaimana sesuatu perkara yang berlaku harus dilaksanakan secara logical dan tersusun, dan ianya tidak akan melibatkan nilai-nilai sentimental yang memungkin sesuatu pengurusan dilaksanakan tanpa pengawalan yang teratur. Dalam aspek etika yang melibatkan individu, ianya akan dipengaruhi dalam beberapa aspek. Tiga faktor yang membentuk keperibadian individu iaitu nilai dan diri, seseorang dan yang lainya, dan kepelbagaian nilai dan kebimbangan yang telah dipertimbangkan 2 . Ianya merupakan sesuatu keadaan normatif yang mana akan mengambil kira terhadap tiga aspek yang boleh dikatakan sebagai sifat individu tersebut, penglibatan individu dalam sesebuah komuniti dan persekitaran. Etika profesional merupakan satu norma, nilai dan prinsip yang menjadi panduan dalam sesuatu profesion dan panduan dalam membuat keputusan dalam profesion tersebut 3 . Dalam melihat dari aspek individu, seperti yang telah dinyatakan bahawasanya tiga faktor akan menjadi komponen penting dalam mempengaruhi pembentukan etika seseorang individu. Tambahan pula, sesuatu etika individu boleh dipengaruhi oleh sesuatu keadaan atau kumpulan sosial tertentu yang juga mempengaruhi keadaan dalaman atau sifat keperibadian individu tersebut 4 . Ianya juga memperlihatkan bahawa faktor yang terlibat bukan hanya akan melibatkan satu faktor sahaja, kerana ianya tidak akan membawa sebarang perubahan tanpa adanya faktor yang lain 5 . Oleh itu, ketiga-tiga faktor ini akan diperlihatkan bagaimana perubahan dan nilai disebaliknya dan  bagaimana ianya saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Dalam esei ini, ianya akan memperjelaskan lagi bagaimana ketiga-tiga faktor yang mempengaruhi pembentukan etika individu tersebut secara satu persatu dan akan diperlihatkan  bagaiman perkaitan antara ketiga-tiga faktor tersebut dalam membentuk keperibadian etika 1  Birsch D, 2002,  Ethical Insights A Brief Introduction (2 nd   Ed.) , Boston; McGraw-Hill, Hlmn 1 2  Facione P. A, Schere D & Attig T, 1991,  Ethics and Society (2 nd   Ed.) , New Jersey; Prentice Hall, Hlmn 285-6. 3   “ethics” on  http://medical-dictionary.thefreedictionary.com/professional+ethics diakses pada 13 Feb 2013. 4  diMauro L & Grant T, 2007,  Ethics Opposing Viewpoints , Detroit; Thomson Gale, Hlmn 40-2. 5  Ruqaya I, Ghulam Y, & Asif Y, 2010,  Journal of social sciences (PJSS) Vol 30, No. 1; Sociological Study of the Factors Affecting the  Aggressive Behavior among Youth , Pakistan; Bahauddin Zakariya University, Hlmn 99-101.  2 individu tersebut. Dalam esei ini juga ianya akan memperlihatkan jenis undang-undang yang  boleh menjadi satu panduan sama ada undang-undang tersebut berguna dalam menyekat atau membentuk etika individu tersebut serta jenis undang-undang yang terlibat. Tambahan pula, undang-undang tersebut akan diperlihatkan bagaimana ianya berfungsi dalam menjadi satu garis  panduan dalam membuat sesuatu keputusan moral yang bersangkut-paut dengan nilai etika individu tersebut. Secara keseluruhannya, dalam esei ini ianya akan mengetengahkan tiga faktor yang mana faktor tersebut merupakan faktor yang boleh mempengaruhi dalam pembentukan etika individu serta jenis undang-undang yang terlibat dalam pengawalan etika individu serta  bagaimana peraturan dan undang-undang tersebut mampu untuk menjadi satu garis panduan dalam membuat keputusan moral bagi individu tersebut. 2.0 ETIKA INDIVIDU Individu merupakan satu agen yang melibatkan satu pihak dan ianya dikaitkan dengan manusia sebagai agen tersebut. Dalam melihat dari aspek etika pula, seperti yang telah dinyatakan bahawa etika merupakan satu cara atau panduan dalam memperlihatkan bagaimana untuk menempuhi kehidupan ini. Ianya juga diperkatakan bahawa etika itu merupakan satu tatasusila yang mempunyai kronologi yang tersusun dalam perlaksanaan, pengurusan atau perjalanan sesuatu keadaan atau situasi. Ianya menjadi satu estetika kesopanan dan sering kali dikatakan membawa impak yang positif. Jika ianya bukan positif, bermaksud ianya tidak beretika. Etika juga sering kali dikaitkan dengan perbuatan atau tingkah laku yang mana ianya melibatkan satu proses yang mempunyai fasa dan peringkat yang tersendiri dalam tatacara perlaksanaan dan penggunaan serta menonjolkan satu perbuatan atau tingkah laku yang membawa kesan positif. Selain itu, etika  bukan sahaja melibatkan dari segi bahasa badan, tetapi ianya juga melibatkan pengucapan serta kronologi proses sesuatu tindakan. Ianya adalah penting untuk mengetahui etika yang sebenarnya. Secara keseluruhannya, etika bukan sahaja memperlihatkan dari aspek fizikal iaitu  perbuatan, tetapi ianya juga memperlihatkan dari aspek emosi, mentaliti serta kebijaksanaan dalam mempamerkan sesuatu etika tersebut. Jika dilihat dari aspek tersebut, maka etika individu boleh dikatakan satu perbuatan,  perilaku, pengucapan serta tindakan seseorang individu sahaja yang mempunyai rasional,  3 tindakan dan impak yang positif hasil dari perbuatan tersebut. Oleh yang demikian, tiga faktor telah dikenal pasti yang menjadi faktor mempengaruhi dalam pembentukan etika individu tersebut iaitu sifat individu, penglibatan dalam komuniti dan persekitaran seseorang individu tersebut. 2.1 SIFAT INDIVIDU Dalam melihat sifat individu sebagai faktor pembentukan etika individu, ianya akan melibatkan dari aspek penerimaan dan pemberian. Konsep penerimaan dan pemberian ini cukup mudah,  penerimaan melihat aspek adaptasi individu serta bagaimana pemikiran individu tersebut menerima akan sesuatu, sama ada akan individu tersebut akan menunjukkan sikap pemikiran terbuka atau tertutup. Manakala, pemberian ini bukan melihat kepada memberi barangan atau yang melibatkan benda untuk diberikan kepada seseorang, tetapi refleks tindakan individu tersebut terhadap sesuatu perkara. Sama ada individu tersebut akan memberikan tindakan yang melampau atau tiada langsung refleks tindakan terhadap sesuatu perkara. Dalam pembentukan etika individu tersebut, ianya akan melihat dari sifat dalaman individu tersebut. Melihat kepada sifat dalaman melalui aspek penerimaan, penerimaan secara ringkasnya telah dijelaskan sebagai pengadaptasian serta pemikiran individu tersebut terhadap sesuatu perkara. Pembentukan etika individu melalui pengadaptasian dan juga pemikiran akan menentukan jenis etika individu tersebut. Sebagai contohnya, sekiranya seseorang individu tersebut tidak dapat untuk beradaptasi dengan keadaan sekeliling, ianya akan mula untuk dipengaruhi oleh sentimen keadaan tersebut. Tanpa pengadapatasian yang optimum, individu tersebut akan mula terjerumus dan mula mengikut cara serta entiti identiti sesuatu keadaan tersebut. Ianya seperti nila dan sebelanga susu, apabila nila tersebut itu jatuh ke dalam susu tersebut, susu itu akan mengikut warna nila tersebut. Analogi ini cukup mudah bagi memperlihatkan sekiranya, individu tersebut tidak dapat untuk beradaptasi dengan sempurnanya, maka ianya akan mula menjadi seperti susu bercampur nila. Lain pula apabila ianya melibatkan  pemikiran, bagi seseorang yang mempunyai pemikiran yang sempit ianya akan lebih bersifat tergesa-gesa dan juga mempunyai cara pemikiran yang konservatif. Ini akan menjadikan seseorang individu itu menpunyai etika yang lebih tertutup dan juga tidak akan dapat untuk  4 menerima budaya yang lain. Sebaliknya pula yang akan berlaku sekiranya individu tersebut mempunyai gaya pemikiran yang terbuka. Dalam aspek pemberian pula, ianya akan melibatkan refleks tindakan individu tersebut melalui sebab dan sifat dalaman individu tersebut. Ianya akan melibatkan pemahaman tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan sebab dan musabab serta kesan yang mempengaruhi dan dipengaruhi. Seseorang yang mempunyai etika yang positif akan mempunyai pertimbangan  positif dalm melihat sama ada kesan yang akan terjadi mempunyai kesan positif atau negatif serta melihat sebab perlunya tindakan itu diambil. 2.2 INDIVIDU DAN KOMUNITI Individu dan komuniti merupakan satu agen yang saling berkait rapat. Hal ini kerana, etika individu boleh dipengaruhi oleh sesuatu keadaan atau kumpulan sosial tertentu 6 . Dalam melihat keadaan komuniti ini dalam mempengaruhi pembentukan etika individu, ianya akan berkisarkan kepada status quo sosial komuniti tersebut, yang mana ianya akan melihat dari aspek orang sekeliling yang berada dalam lingkungan individu seperti kenalan, saudara-mara, kawan, keluarga dan rakan sebaya. Seseorang individu tersebut adalah lebih cenderung untuk mengikuti apa yang dirasakan seronok dan yang mempunyai tanggapa serta pemikiran yang hampir sama 7 . Ianya juga menyatakan bahawa, penerimaan dalam komuniti juga mampu untuk mempengaruhi etika seseorang individu tersebut. Sekiranya seseorang individu diterima umum dalam masyarakat tersebut, ianya akan mempunyai nilai-nilai yang positif  8  berbanding dengan mereka yang tidak diterima oleh masyarakat. Ianya akan menjadikan individu tersebut merasa tersisih dan merasa  bahawa tiada yang mengambil berat serta memberikan mereka buah fikiran untuk melakukan apa-apa perkarta sahaja yang diinginkan. Ini menyebabkan individu tersebut akan mempunyai sifat yang lebih aggresif  9 . 6  diMauro L & Grant T, 2007,  Ethics Opposing Viewpoints , Detroit; Thomson Gale, Hlmn 40-2. 7  Dewan Masyarakat, 1995, Tingkah laku Delinkuen,  Kuala Lumpur, Hlmn 9-12. 8    Ibid. 9    Ibid.  5 Perkara ini secara langsung akan menyebabkan etika individu akan menjadi sesuatu yang negatif hasil dari fektor komuniti yang terlibat. Sekiranya penerimaan individu dalam sesuatu komuniti tidak berlaku, maka ianya akan menyebabkan individu tersebut untuk merasa kekurangan untuk keperluan yang asas bagi emosi serta kurang pertimbangan terhadap sesuatu isu. Dalam erti kata yang lain, pembentukan etika individu akan terbantut sekiranya komuniti memberikan persepsi negatif. 2.3 PERSEKITARAN INDIVIDU  Persekitaran ini pula bermaksud keadaan tempat sekeliling individu yang boleh menjadi satu faktor dalam menyebabkan pembentukan etika individu menjadi sesuatu yang positif atau negatif. Ianya akan diperlihatkan dari aspek lokasi tempat tinggal, jenis tempat tinggal serta status budaya di kawasan tempat tinggal 10 . Dalam aspek persekitaran yang membentuk etika individu, dua kawasan yang paling menunjukkan perbezaan yang ketara adalah kawasan bandar dan juga kawasan luar bandar. Ianya juga boleh dikatakan dari aspek budaya, intelektual, kemudahan, ruang kehidupan serta tekanan. Diantara dua kawasan ini, ianya sudah semestinya akan membentuk etika individu yang sangat berbeza. Kita lihat dalam aspek penduduk di bandar, etika di kawasan bandar mempunyai corak yang lebih tersusun dan juga bersistematik, kerana ianya diamalkan oleh kebanyakan golongan  berada dan sebilangan golongan pertengahan. Ini menunjukkan bahawa etika sememangnya dilaksanakan, tetapi nilai dan juga pengukuran etika itu mengikut persekitaran bandar adalah  berbeza. Seperti yang kita sudah tahu, kawasan bandar mempunyai kemudahan yang lengkap  berbanding kawasan luar bandar, dan ini menunjukkan satu jurang komunikasi bersemuka antara  penduduk. Ini bukannya bermaksud bahawa komunikasi tidak berlaku di kawasan bandar, cuma iannya dalam keadaan yang sangat tertutup. Ini dapat dilihat dari aspek perumahan yang  berpagar serta sangat rapat antara satu sama yang lain, menjadikan jurang untuk berkomunikasi adalah sangat jarang. Tambahan pula, tekanan hidup yang dihadapi juga adalah berbeza, keran kemudahan yang diberikan itu juga menyumbang kepada masalah tekanan yang tinggi kepada kebanyakan penduduk bandar. Ini akan mewujudkan individu yang lebih bersifat suka 10   “urban vs rural areas” dalam  http://www.buzzle.com/articles/urban-vs-rural-living.html diakses pada 13 Feb 2013.
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks