Internet & Web

25 pages
11 views

Emperialisme Jepun

of 25
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Description
Emperialisme Jepun
Transcript
  1 1.1   Pengenalan Istilah imperialisme berasal daripada perkataan Perancis ; imperialiste   dan mula digunakan sejak tahun 1830-an yang bertujuan untuk menunjukkan keulungan empayar Napoleon. Imperialisme berkait rapat dengan kolonialisme dan perbincangan ini penting kerana sering wujud kekeliruan dalam memahami maksud imperialisme dan kolonialisme apabila dalam Bahasa Malaysia kedua- dua istilah ini dikaitkan dengan “penjajahan”, namun demikian kedua -duanya mempunyai pengertian yang berbeza. Perbincangan ini juga amat penting bagi memberi gambaran bagaimana imperialisme dan kolonialisme berlaku dan sejauh mana bangsa penjajah ini benar-benar mahu mentamadunkan bangsa lain atau alasan semata. Maka, perbincangan ini akan menghujahkan beberapa takrifan umum imperialisme mengikut pandangan para sarjana. Kemudian perbincangan diteruskan dengan menghujahkan konsep imperialisme lama dan imperialisme baru beserta contoh-contoh imperialisme yang berlaku di benua Asia khususnya di  Asia Tenggara, Afrika, dan Amerika. Konsep kolonialisme juga akan diterangkan dalam perbincangan ini. Faktor-faktor yang menyebabkan imperialisme baru di Asia Tenggara pada abad ke-19 juga akan diketengahkan dan perbandingan antara imperialisme lama dan imperialisme baru akan dihuraikan. Akhir sekali, analisis penghujahan berdasarkan perbincangan akan diketengahkan. 2.1   Konsep Imperialisme Imperialisme biasanya dibahagikan kepada imperialisme lama dan imperialisme baru. Konsep imperialisme secara umum dikenali sebagai satu bentuk jajahan ekonomi ke atas negara yang dianggap lebih lemah. D. K. Fieldhouse menyatakan bahawa imperialisme merupakan satu kecenderungan sesuatu masyarakat atau pemerintahan untuk mengawal masyarakat lain biar apa pun cara dan tujuan tindakan itu. 1  George Nadel dan Perry Curtis pula mendefinisikan imperialisme sebagai perkembangan kuasa atau kawalan sama ada secara langsung atau tidak, politik atau ekonomi, oleh sesuatu kerajaan, bangsa atau masyarakat yang lain dan proses ini didukung oleh idea tersendiri. 2   1  Fieldhouse, D. K., Colonialism (1870-1945) : An Introduction  , London : Macmillan Publisher, 1983, hlm., 1. 2  Nadel, G. H. & Curtis, P., Imperialism & Colonialism  , New York : Macmillan Publisher, 1964, hlm.,1.  2 Sarjana tempatan seperti Wan Abdul Rahman Latif memberikan maksud imperialisme sebagai suatu fahaman atau kecenderungan dan kegiatan sesebuah masyarakat atau negara meluaskan penguasaannya terhadap masyarakat atau negara lain dengan menonjolkan keunggulan (hegemoni) bangsanya sendiri. 3  Selain itu, menurut Richard Koebner, imperialisme merupakan satu sistem ekonomi yang akan memberikan manfaat kepada orang awam dan kedudukan politik sesebuah negara. 4  Konsep imperialisme mempunyai kaitan dengan hubungan ekonomi yang tidak seimbang antara rakan perdagangan kecil, besar, miskin dan kaya yang akan melibatkan pergantungan politik dan ekonomi pihak yang miskin dan kecil kepada negara yang besar dan kaya. 5  Justeru, imperialisme dapat dilihat sebagai suatu dasar yang akan menguntungkan golongan kapitalis dan memberikan akibat kepada golongan yang dieksploitasi. Perbincangan ini akan menonjolkan contoh secara ketara bahawa golongan kapitalis itu ialah kuasa-kuasa Eropah khasnya dan golongan yang dieksploitasi merupakan masyarakat tempatan sesebuah kawasan yang ditakluki. 2.2   Imperialisme Lama Imperialisme lama bermula pada abad ke-17 sehingga abad ke-19 atau sebelum tahun 1870 dengan mendukung semangat “Gold, God, Glory”.   Hilferding pada tahun 1981 berpendapat bahawa imperialisme lama dilaksanakan atas tujuan untuk mentamadunkan serta menanam disiplin dalam diri penduduk asli yang dikatakan bersifat liar. 6  Imperialisme lama ini lebih   3   S. Husin Ali, The Malays : Their Problems and Future,  Kuala Lumpur : Heinemann Asia, 1981, hlm., 117. 4   Koebner, R., The Story & Significance of Imperialism A Political Word 1840-1960,  New York : Cambridge University Press, 1964, hlm., 1. 5   Lenin, V. I., Imperialisme : The Highest Stage of Capitalisme, New York: International Publisher, 1939, hlm., 2.   6  Canterbury, D.C., European Bloc Imperialism, Holland : Brill Academic Publishers, 2010, hlm., 10.  3 menumpukan pengumpulan modal hasil daripada perolehan dari tanah taklukan untuk membiayai perbelanjaan kerajaan pusat.   Wan Abdul Rahman Latif pula menjelaskan bahawa imperialisme lama menyokong cita-cita antarabangsa (internasionalisme) sesebuah kerajaan untuk mengembangkan kawalan dan pengaruhnya ke atas kawasan-kawasan yang diduduki. 7   Hobson dalam kajian terkenalnya yang bertajuk “ Imperialism” memberikan contoh empayar Rom lama sebagai satu kuasa imperialis lama yang mana empayar Rom lama cuba mewujudkan satu persekutuan dan keperibadian yang sama bagi bangsa-bangsa di bawah satu keunggulan bangsa Rom. Imperialisme- imperialisme Eropah kemudian seperti “ Charlemagne”   di Jerman  , “Peter The Great” di Rusia, dan Napoleon di Perancis juga antara contoh kuasa imperialisme lama yang mendukung cita-cita antarabangsa. Menurut Hobson cita-cita antarabangsa berpunca daripada perkembangan nasionalisme apabila bangsa Eropah mula bertindak untuk membentuk satu bangsa yang unggul. 8   Salah satu ciri utama imperialisme lama ini misalnya dapat diteliti ada pada empayar yang besar iaitu empayar “  Alexander the Great” yang mewakili satu ketamadunan atau agama serta cuba mendominasi yang lain dengan membentuk satu sistem kawalan yang bersatu apabila satu orang atau golongan bangkit. 2.3   Imperialisme Baru Imperialisme baru berlaku sejak tahun 1870-an apabila Britain, Jerman, Perancis, Itali, Belgium, dan Amerika Syarikat bersaing dan berlumba-lumba di antara satu sama lain untuk memperoleh  jajahan-jajahan di Afrika dan Asia. Imperialisme baru secara umumnya merupakan era perluasan jajahan koloni oleh kuasa-kuasa Eropah yang kemudiannya diikuti oleh Jepun dan  Amerika Syarikat bermula pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang berebutkan 7  Wan Abdul Rahman Latif, Permulaan Tamadun Manusia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka, 1996, hlm., 30. 8  Hobson, J. A., Imperialism : A Study, New York : Michigan University Press, 1971, hlm., 8.  4 kawasan jajahan di Asia dan Afrika. Para pendorong di sebalik imperialisme baru ini ialah golongan kapitalis dan bank-bank Eropah yang telah mencipta  “ Imperialist Adventures  ”  . 9  Hobson dalam bukunya “Imperialism” menyifatkan imperialisme baru merupakan serangan dan penindasan terhadap bangsa yang lemah apabila wujudnya golongan yang berkepentingan dalam ekonomi dan agama yang mendorong golongan ini bertindak melakukan pencerobohan ke atas kerajaan dan bangsa lain. 10  Forte pula menghujahkan bahawa imperialisme baru merupakan era perkembangan teknik peperangan, perjuangan hak asasi manusia, dan memperalatkan massa dengan menjanjikan perlindungan keselamatan demi menakluk dan mengeksploit golongan massa ini. Emerson pula berhujah bahawa era imperialisme baru telah beransur-ansur melenyapkan unsur yang terdapat pada imperialisme lama apabila berlakunya perkembangan pasaran dunia, adanya modal dan barangan yang berlebihan, serta peningkatan keperluan bagi barang-barang mentah.  11  Tulisan J.S Furnivall yang bertajuk “Colonial Policy and Practice” pula mengatakan bahawa imperialisme baru ialah zaman apabila berlaku ledakan industri di Eropah menyebabkan perlunya kawalan tetap ke atas kebanyakan bahan-bahan mentah yang dibekalkan oleh orang-orang peribumi yang dijajah di samping mewujudkan lebihan modal untuk tujuan pelaburan. 12  Kawalan bersifat tetap ini menyebabkan penjajahan berlaku. Kenyataan ini turut disokong oleh Lenin apabila beliau menegaskan bahawa imperialisme merupakan tahap tertinggi kapitalisme. Menurut Lenin, unsur-unsur asas imperialisme ialah wujudnya pemusatan bidang pengeluaran dan kapitalisme telah berkembang sehinga mewujudkan monopoli-monopoli yang memainkan 9  Lenin, V. I, Op.cit, hlm., 4. 10  Hobson, J., Op.cit, hlm., 9. 11  Emerson, R., Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka, 1974, hlm., 76. 12  Furnivall, J. S., Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma and Netherlands India, New York : Cambridge University Press, 1948, hlm., 68.  5 peranan penting dalam kehidupan yang berteraskan ekonomi. 13  Selain itu, imperialisme menyebabkan penyatuan kapital bank dengan kapital industri yang mencipta satu oligarki kewangan yang berdasarkan kapital kewangan. Pengeksportan kapital yang melibatkan institusi kewangan mencapai kepentingan luar biasa yang melebihi pengeksportan komoditi. Pertumbuhan kapitalis yang memonopoli pasaran antarabangsa telah menyebabkan pembahagian dunia mengikut kawasan jajahan. Ringkasan unsur-unsur imperialisme baru ialah dasar ini menekankan kepada empat perkara. Perkara pertama ialah untuk mendapatkan keuntungan sekaligus menambah pendapatan negara induk atau dalam erti kata lain melaksanakan dasar imperialisme demi mendapatkan sumber bahan mentah seperti kapas, minyak, getah, teh, besi, dan sebagainya. Bukan itu sahaja, melalui dasar imperialisme membolehkan golongan imperialis ini mendapatkan bekalan buruh dengan mudah dan murah. Perkara kedua pula ialah untuk mencari pasaran baru bagi memasarkan produk yang dihasilkan di negara induk. Hal ini kerana ledakan perindustrian mengakibatkan lebihan pengeluaran dan persaingan dalam memasarkan produk semakin sengit. Perkara ketiga ialah untuk mencari kawasan bagi menempatkan orang-orang terbuang seperti golongan banduan, hamba, lebihan populasi, dan sebagainya. Contoh kawasan penempatan untuk menempatkan orang-orang terbuang ini ialah seperti di Kanada dan Australia. Perkara keempat ialah sebagai strategi pengukuhan kuasa. Dasar imperialisme dijalankan bagi menunjukkan kekuasaan sesebuah negara dan mengelakkan negara lain bagi meluaskan tanah jajahan mereka kerana pada ketika itu kekuasaan adalah bersamaan dengan keluasan kawasan taklukan. Berdasarkan kepada empat perkara yang ditekankan menunjukkan imperialisme baru telah mewujudkan “ S  ocial Darwinism”  .  “ Social Darwinism” menyebabkan susunan sosial masyarakat berdasarkan keunggulan sesuatu bangsa yang bersifat rasis dan prejudis terhadap bangsa lain. 14  Orang-orang Eropah menganggap bahawa mereka harus segera menyelamatkan 13  Lenin, V. I., Lenin On Imperialism : The Eve Of The Proletarian Social Revolution, Beijing   : Foreign Language Press, 1960, hlm., 1.   14  Hawkins, M., Social Darwinism in European and American Thought 1860-1945 : Nature as Model and Nature as Threat, New York : Cambridge University Press, 1997, hlm., 21.  
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks