Documents

4 pages
119 views

Buletin_Anjakan_Bil_8_18112015.pdf

of 4
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Description
Transformasi Pendidikan Vokasional Agenda ekonomi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK- 11) menjangkakan akan wujud 1.5 juta peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor dengan sasaran sebanyak 60 peratus daripada pekerjaan tersebut memerlukan kemahiran berkaitan bidang Pendidikan
Transcript
     Transformasi Pendidikan Vokasional  Agenda ekonomi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) menjangkakan akan wujud 1.5 juta peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor dengan sasaran sebanyak 60 peratus daripada pekerjaan tersebut memerlukan kemahiran berkaitan bidang Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (Technical and Vocational Education and Training  – TVET). Menyedari keperluan dan kepentingan TVET dalam pembangunan kapasiti dalam kalangan rakyat tempatan bagi menyokong merealisasikan status negera maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, maka Kementerian telah merangka dan melaksanakan Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional mulai 2012 dan diperhebatkan lagi apabila diletakkan menjadi salah satu Aspirasi Sistem iaitu akses kepada pendidikan berkualiti dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013  –  2025. Program Transformasi Pendidikan Vokasional ini meliputi pengenalan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan menaik taraf Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Kolej Vokasional (KV). Selain itu, program transformasi tersebut merangkumi semakan menyeluruh kurikulum sedia ada, mengguna pakai beberapa kaedah penilaian dan pentaksiran baharu, meningkatkan kemahiran guru serta mengukuhkan lagi jaringan kerjasama dengan industri. Bagi memperluaskan akses kepada pendidikan vokasional, sebanyak 80 buah Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dinaik taraf sebagai Kolej Vokasional (KV) dan 85 buah SMK telah pilih untuk melaksanakan program Pendidikan Asas Vokasional. (PAV). Kementerian juga akan melaksanakan Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) iaitu naiktaraf Mata Pelajaran Vokasional (MPV) mulai tahun 2016 di 404 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) terpilih yang sedang melaksanakan MPV. KPM juga telah berkerjasama dengan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) melalui program buying places  di mana Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) terbabit melaksanakan program pendidikan vokasional di institusi mereka. Kerjasama sektor awam dan sektor swasta ini telah berjaya meningkat kualiti pendidikan vokasional terutama daripada aspek pengiktirafan oleh pihak industri. Enrolmen murid yang bakal memilih bidang vokasional dijangka meningkat dengan akses pandidikan vokasional yang lebih luas. Akses Kepada Pendidikan Vokasional    Impak Positif Transformasi Pendidikan Vokasional Keyakinan masyarakat terhadap pendidikan vokasional telah menunjukkan impak positif apabila permohonan bagi mengikuti pendidikan vokasional semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat apabila Kementerian menerima hampir 80,000 permohonan daripada murid lepasan PMR/PT3 untuk mendaftar di 80 Kolej Vokasional di seluruh negara. Ini melebihi kapasiti yang boleh ditampung oleh Kolej Vokasional dalam satu-satu masa. Sambutan positif daripada industri ini jelas menunjukkan wujud permintaan tinggi untuk graduan sekolah vokasional. Kementerian menjangkakan sambutan daipada industri dapat menjadi tarikan kepada murid untuk menyertai pendidikan vokasional. Bagi memastikan program pendidikan vokasional kekal relevan serta jaminan penempatan latihan di pelbagai industri, KPM telah menandatangani MOU dengan beberapa rakan industri dan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Perjanjian kerjasama telah dimeterai dengan pihak industri yang berkaitan. Kerjasama ini dijalinkan berteraskan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan ( National Blue Ocean Strategy  –   NBOS) yang dijalankan oleh kerajaan bagi mengoptimumkan kepakaran dan kemudahan yang dimiliki oleh agensi dan industri tempatan. Hasil kerjasama dengan pihak agensi dan industri serta swasta tersebut telah berjaya meningkatkan kadar enrolmen murid yang mengikuti pendidikan vokasional di KV KPM, ILKA dan ILKS.   Laluan Pendidikan Vokasional di Malaysia Murid yang berminat mengikuti pendidikan vokasional boleh memilih laluan bidang kemahiran seawal di Tingkat Satu di sekolah-sekolah terpilih yang melaksanakan Pendidikan Asas Vokasional (PAV). PAV yang diterima di peringkat menengah rendah boleh pula melanjutkan pendidikan vokasional diperingkat menengah atas ( Tingkat 4 dan 5) di Kolej Vokasional. Lepasan PAV juga boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang kemahiran tertentu yang ditawarkan oleh Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta. Murid-murid PAV yang mencapai tahap kemahiran ditetapkan akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) merupakan kurikulum pendidikan dan latihan teknik dan vokasional di KV yang mematuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) . Murid-murid akan mengikuti Program Pra Diploma selama dua tahun dan bagi yang memenuhi syarat kelayakan boleh meneruskan pengajian ke Program Diploma di KV selama dua tahun lagi. Program Diploma di KV telah pun mendapat akreditasi sementara (MQA-01) dari Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan pelbagai Kementerian dan agensi bertauliah yang lain yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. 4 Anjakan Bilangan 8/2015 2    Program Pendidikan Vokasional: Kolaboratif Awam Dengan Swasta. Mereka yang berpeluang mengikuti program Subsea Welding Technology   akan didedahkan dengan teori dan amali dalam proses kimpalan seperti Shielded Metal Arc Welding   (SMAW) dan Gas Tungsten Arc Welding   (GTAW). Pelatih mempelajari kemahiran menyelam dan menjalankan tugas kimpalan di dalam air. Pelatih akan mempunyai pengetahuan tentang fisiologi menyelam, keselamatan menyelam, persekitaran dalam air, komunikasi dan lain-lain. Secara tidak langsung, pelatih turut berpeluang menjadi seorang penyelam yang profesional. Di bawah bidang hospitaliti pula contohnya, pelajar boleh mengikuti program Seni Kulinari, Bakeri dan Pastri, Fesyen dan Membuat Pakaian, Kosmetologi ataupun Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Seorang pelajar KV mengambil jurusan Bakeri dan Pastri akan mempelajari cara-cara menghasilkan roti, kek, manisan, coklat serta pelbagai jenis pencuci mulut dan resepi-resepi baharu dengan penekanan kepada aspek kreativiti dan inovasi. Mereka juga akan didedahkan dengan Pengurusan kos dan perniagaan dalam bidang ini, selain daripada komponen akademik yang perlu dipelajari. Program ini akan menyediakan pelajar untuk menceburi pelbagai kerjaya yang berkaitan dengan bakeri dan pastri seperti bekerja sebagai chef dessert   di restoran berstatus tinggi ataupun di hotel di dalam dan di luar negara. Anjakan Bilangan 8/2015 3 Pendidikan Vokasional memberi peluang yang pelbagai kepada pelajar yang berminat dalam bidang kemahiran, termasuk untuk mereka yang berkeperluan khas. Usaha kolaboratif yang dijalankan dengan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Swasta (ILKS) membolehkan Kementerian meluaskan akses kepada program seperti Penyelenggaraan Pesawat, Teknologi Kesan Khas Visual, Teknologi Animasi, Autotronik, Pengajian Nautikal, Oil & Gas Welding Technology   dan Subsea Welding Technology   serta pelbagai bidang yang relevan dengan perkembangan teknologi terkini.    Calon yang berminat,  boleh klik ke https://sptv.moe.gov.my / atau berkunjung ke kolej vokasional yang berdekatan . Tarikh akhir permohonan ke kolej vokasional adalah pada 20/12/2015     “Saya rasa sangat bertuah kerana terpilih mengikuti kursus Persolekan dan dandanan rambut di Kolej Vokasional Matang kerana saya sangat berminat dalam bidang ini. Keluarga juga memberi galakan dan menyokong apabila saya menyatakan minat untuk memilih bidang kemahiran. Saya bercita-cita untuk menjadi usahawan dalam bidang persolekan dan dandanan rambut kerana saya yakin bidang yang saya ceduri ini dapat memberi pendapatan lumayan dan menjamin masa depan saya.”   Marcellina Dora Diploma Kosmetikologi Kolej Vokasional Matang Sarawak   “Memiliki kemahiran memberi kelebihan kepada seseorang pelajar untuk bersaing dalam pasaran kerja yang semakin mencabar atau memulakan perniagaan sebagai usahawan. Berdasarkan pengalaman saya sebagai pensyarah Kursus Persolekan dan Dandanan Rambut selama 13 tahun, minat pelajar terhadap bidang kemahiran semakin meningkat dari tahun ke tahun malah permohonan untuk mengikuti bidang-bidang kemahiran tertentu seperti Kursus Persolekan dan Dandanan Rambut sentiasa melebihi dari tempat yang ditawarkan. Ramai bekas pelajar saya telah mendapat tawaran kerja walaupun masih menjalani latihan amali.”   Pn. Lydia Fred, Pensyarah, Kolej Vokasional Matang Sarawak Anjakan Bilangan 8/2015 4 Apa Kata Mereka
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks